Khamis, 5 November 2009

Kitab Al Qur'an

1. Al Qur'an hendaklah diteliti dan diamalkan, ikut segala yang disuruh dan tinggal apa yang ditegah supaya dijadikan petunjuk dan teladan serta pengajaran kepada manusia.

2. Al Qur'an hendaklah dibaca akan isi kandungannya dan difahami supaya dapat di ikuti dan diamalkan segala ajarannya.

3. Al Qur'an membawa manusia kejalan kebaikan kerana Al Qur'an mengandungi ilmu dan juga pengajaran untuk dunia dan juga akhirat.

4. Al Quran mengandungi undang dasar Islam dimana dengan dasar inilah manusia bergerak kearah jalan kemajuan hidup didunia.

* Petikan dari majlis ilmu di Surau Mengkuang Titi, Bukit Mertajam.(05.11.09)