Dengan
nama Alah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya
kami memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
Maka
dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.
Sesungguhnya
orang yang membenci Kami dialah yang terputus.
Surah ini
paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat
dan diturunkan di Makkah dan
bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu
permata yang indah dan cantik.
Rasanya
lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini
disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan
ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan
bapa saudaranya Abu Talib.
Fadhilat
membaca surah Al-Kauthar
Barangsiapa
membaca surah Al-Kauthar 100x saat hujan turun lalu memohon kepada Allah SWT
apa yang dihajatkannya dari urusan duniawi dan ukhrawi maka Allah SWT akan
mengendahkan permohonannya.
Sesiapa
yang membaca 7x setiap hari pada mata air, maka ia akan menjadi besar
sumbernya.
Barangsiapa
yang membaca surah Al-Kauthar 1000x maka Allah hasilkan apa yang dituntutnya,
lebih-lebih dalam mencari rezeki dan pangkat, dan dibukakan berbagai pintu
kebaikan.
Barangsiapa
yang membaca Al-Kauthar 1000x sesudah sembahyang Isyak sehingga membawa kepada
tidurnya, maka insyaallah akan melihat Rasulullah SAW dalam mimpinya.
Kata
sebahagian orang yang mengamalkannya:
Jika
rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.
Jika
orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t.
akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.
Jika
sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar
yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
Jika
dibaca ayat ini sewaktu memasak akan dapat melazatkan makanan
Jika
diamalkan selalu surah ini, kita tidak akan menjadi seorang yang materialistik.
Sumber : Bumi serta isinya
Sumber : Bumi serta isinya