Khamis, 23 Mei 2013

15 FAKTA KEUNIKAN KAABAH


15 FAKTA KEUNIKAN KAABAH YANG KITA TAK PERNAH TAHU | FAKTA KEUNIKAN KAABAH | UNIKNYA KAABAH | RAHSIA KAABAH | ADA APA DALAM KAABAH | MISTERI KAABAH | KEAJAIBAN KAABAH
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itulah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

SUMBER http://www.illustrasiaku.com/fakta-keunikan-kaabah-yang-anda-tidak-tahu/


Khamis, 28 Februari 2013

ORGASME


SEKS WANITA  (ORGASME) & 
PENGETAHUAN TENTANG KEMUNCAK SEKS WANITA (ORGASME).


Orgasme pada kaum wanita telah menjadi perbicaraan yang menarik perhatian, bahkan banyak dibahas dalam buku-buku seks ilmiah. Sejak terbitnya karya Masters and Johnson sekitar tahun 1960-an maka dongeng dan rahsia sekitar persoalan orgasme telah lenyap dan terungkap.

Sekarang telah diketahui bahawa meskipun pengalaman orgasme itu terpulang pada setiap individu namun proses jasmaniah orgasme itu sentiasa sama.

Bagaimana Wanita Mencapai Orgasme

Kaum wanita mempunyai cara yang berbeza-beza reaksi terhadap rangsangan hubungan kelamin. Walaupun begitu bukit di mana rambut kemaluan terletak(tundun), bibir kecil dan kelentit, serta liang faraj itu merupakan alat-alat kelamin yang memegang peranan penting. Clitoris atau kelentit merupakan alat-alat kelamin yang memainkan peranan penting. Clitoris atau kelentit itu merupakan bahagian yang paling peka kepada syahwat tubuh wanita. Itulah sebabnya terdapat wanita yang menghendaki rangsangan yang terus-menerus pada kelentit untuk mencapai orgasme. Pada hujung kelentit itu, deria rasanya sangatlah halus dan peka. Sentuhan yang terus-menerus dapat menimbulkan rasa kurang senang atau sakit.

Sebab itu sebahagian wanita menganggap belaian terhadap bahagian yang peka syahwat di sekitar tundun, baik dengan tangan, lidah atau alat penggetar menyeronokkan. Selama berlangsungnya persetubuhan, gerakan zakar yang keluar masuk liang faraj itu boleh menimbulkan rangsangan terus-menerus terhadap kelentit. Ini kerana ia dapat menggerakkan labia minora atau bibir kecil ke atas kelentit.

Merasakan Kemuncak Tahap Orgasme

Jangka waktu untuk mencapai orgasme itu berlainan pada setiap wanita. Begitu juga berbeza menurut keadaan dan suasana. Sesaat sebelum terjadinya orgasme maka akan terasa ketegangan selama 2-4 detik pada saat otot-otot kecil pada sekeliling faraj dan rahim itu mulai mengendur. Ini diikuti oleh orgasme itu sendiri yang biasa berlaku selama 10-15 detik. Ia terasa seperti suatu pengenduran otot secara berirama dan berturut-turut yang terjadi tiap 0.8 detik tiap gelombangnya. Mula-mula terasa sekeliling satu pertiga hujung luar faraj dan menjalar sampai dalam rahim. Rahim dan dubur pun ikut kempat-kempot.
Suatu orgasme yang lunak terjadi 3-5 kempotan. Orgasme yang kuat terjadi
8-12 kempotan. Ketika berlakunya orasme itu otot-otot perut, betis, lengan, wajah, kaki dan leher ikut menegang. Selepas itu semua keadaan badan wanita itu kembali lagi pada keadan normal diikuti rasa lega, santai dan penuh kedamaian.

Orgasme Berganda

Berbeza dengan kaum lelaki, kaum wanita mampu mencapai orgasme berganda. Maksudnya orgasme yang berlaku kali kedua tidak lama setelah orgasme pertama. Sekiranya wanita itu dapat mempertahankan nafsu berahinya pada tingkat memuncaknya ia dapat melanjutkan orgasme pada kali kedua bila terus dirangsang. Ada wanita mengalami orgasme sampai 3-5 kali hanya dalam waktu beberapa minit. Bahkan ada yang boleh mencapai 12 kali orgasme dalam satu jam.

Di antara sebab hubungan seks antara suami-isteri yang sangat dihajatkan adalah kepuasan orgasme kedua-dua pihak. Ini adalah tujuan utama orang mengikatkan diri dalam perkahwinan. Tanpa adanya orgasme dalam setiap hubungan seks tentu akan menimbulkan berbagai akibat kejiwaan yang boleh merosakkan hubungan pasangan suami-isteri.

Kenyataan menerangkan ramai suami-isteri yang terpaksa berpisah atau melakukan penyelewengan seksual kerana tiadanya kepuasan dalam hubungan seks. Kepuasan itu ditandai dengan orgasme atau difahami sebagai kemuncak kenikmatan.

Baik orgasme itu secara beruntun, dari pihak lelaki dahulu dan kemudian disusuli isterinya atau secara serentak bersama. Orgasme yang dapat dicapai secara bersama adalah yang paling baik dan ideal. Hampir semua lelaki mengalami orgasme setelah mengalami rangsangan seks. Pada wanita pula tidak ramai yang dapat mengalami orgasme.

Orgasme adalah puncak syahwat persetubuhan dan merupakan respons yang menyenangkan dan melegakan. Ia adalah puncak dari kepuasan fisiks dan emosi dalam aktiviti seksual. Kemuncak kenikmatan ini ditandai dengan terjadinya pancaran mani yang sangat kuat pada pihak lelaki.

Orgasme pada lelaki adalah ejakulasi sperma. Vas Deferens, Vesikula Seminalis dan kelenjar prostat berkonstraksi dengan hebatnya seraya memancarkan isinya ke dalam urethra yang kemudian memancutkan sperma. Selama orgasme cecairan ini dipancarkan melalui zakar oleh konstraksi-konstraksi berirama dari otot-otot sekitarnya. Jumlah konstraksi-konstraksi itu berbeza pada setiap individu, tetapi lazimnya antara 10-12 konstraksi. Sejumlah sperma kira-kira satu sudu kecil atau menurut penyelidikan moden 5cc.

Tanda orgasme pada wanita yang merupakan puncak seksualnya adalah gerakan-gerakan berirama dan tak sengaja dari alat kelaminnya. Reaksi-reaksi banyak bergantung pada bilangan vulva terutama di sekitar faraj dan kelentit. Faraj pada waktu itu berkerut dan kadang-kadang otot-otot lain ikut mengejang. Dalam pada itu terjadi getaran seluruh tubuh dan sensasi-sensasi menghisap dari lubang faraj.

Mencapai orgasme yang ideal tidaklah semudah yang dibayangkan. Tugas ini ditanggung oleh pihak suami. Biasanya di dalam proses bersetubuh suamilah yang terlebih dahulu mencapai orgasme sedangkan isterinya mungkin belum apa-apa. Oleh sebab itu keperihatinan suami di dalam menahan air mani sangat diperlukan. Jika mereka tidak mahir dalam hal ini suami akan menyebabkan isteri mengalami gangguan emosi seperti murung.

Dr. Robie dalam bukunya The Art of Love yang dikutip dari buku Percintaan Suami Isteri karangan A. Rifa'ie Ali menulis: "Terlampau cepat keluar air mani selain memberi malu kepada suami, bahayanya tiadak kurang pada isteri kerana dia telah meninggalkan isteri itu sebelum mendapat kepuasan yang biasa. Ada lelaki yang beberapa kali keluar air mani sebelum isteri cukup terbangkit keberahiannya. Dan yang terjadi ialah sebelum dia tercapai orgasme. Maka tinggallah dia dalam keadaan resah-gelisah belum kunjung puas yang akhirnya membawa bermacam-macam penyakit antara lain lain, tidak boleh tidur, pemarah, histeria, sakit saraf yang berkaitan penyakit mengenai perempuan.

Ellis dalam bukunya Sex in Relation to Society telah mengutip pendapat seorang pakar sakit puan (gynaecologist) berbangsa Austria, dia mengatakan bahawa di dalam setiap 100 orang perempuan yang menderita sakit dalam rahim, daripada yang berubat kepadanya didapati 70 orang menderita lantaran sakit rahimnyaterlalu penuh berisi darah. Keadaan rahim yang begini menurut pengetahuan ilmiahnya adalah hasil daripada persetubuhan yang tidak disempurnakan.

Dari keterangan-keterangan di atas maka benarlah sabda-sabda Rasulullah s. a. w. yang menganjurkan agar memerhatikan keadaan isteri sewaktu diajak bersetubuh. Janganlah lekas terburu-buru mengakhiri persetubuhan selagi isteri belum berhasil mencapai orgasme.

Sabda Rasulullah s. a. w:

"Apabila seseorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya, makahendaklah ia menyempurnakan (isterinya). Jikalau ia mendahului isterinya, maka janganlah ia mempercapat (meninggalkan) isterinya  itu". 
(Hadis riwayat Abu Yaqla dari Anas)

Dari hadis Rasulullah s. a. w. tersebut maka seharusnya suami berusaha agar mencapai orgasme yang  ideal samaada secara bersama-sama, ataupun secara meruntun saling susul-menyusul sewaktu bersetubuh. Itulah sebabnya imam Ghazali di dalam kitabnya ihyaa'ulumiddin, menasihati suami muslim agar kalau bersetubuh selalu memerhatikan isterinya ataupun menahan ejakulasinya sehingga isterinya dapat mencapai orgasme.

Berapa lamakah persetubuhan yang boleh mendatangkan kepuasan? Banyak pendapat mengenai hal ini diketengahkan. Ada orang lelaki yang boleh bertahan lama sewaktu persetubuhannya. Contohnya selama 15 minit, 20 minit bahkan ada yang lebih lama lagi tanpa ejakulasi. Tetapi yang jelas faktor faktor seperti lama seseorang lelaki dapat mengawal reaksinya tanpa disusuli ejakulasi; sukar atau tidaknya wanita mencapai orgasme; kehebatan nafsu seksual mereka masing-masing; kekerapan melakukan hubungan kelamin dan lain-lain faktor banyak mempengaruhi tempoh lamanya sesuatu persetubuhan boleh berpanjangan.


Biasanya persetubuhan berlangsung selama 3-5 minit. Menurut Stekel jarang sekali seseorang lelaki dapat mempertahankan persetubuhannya lebih lama dari 5 minit. Sedang menurut Dickinson kebanyakan lelaki mempertahankan ereksinya tanpa disusli ejakulasi selama 5-10 minit. Sedangkan wanita pula boleh mencapai 10-20 minit. Akan tetapi dengan rangsangan tangan dengan vibrator atau dengan oral genital stimulation seseorang wanita biasanya dapat mencapai orgasme dalam masa empat minit.
Untuk memanjangkan waktu persetubuhan supaya kedua-dua suami-isteri dapat mencapai kepuasan orgasme pihak suami perlu mengambil langkah-langkah tertentu. 

Alternatif pertama ialah mereka boleh mendapat pertolongan doktor untuk memberikan ubat-ubatan yang diminum atau ubat pemati-rasa. Akan tetapi cara ini ada kesan sampingan dan bersifat sementara. Kesan sampingan adalah kemungkinan berlakunya impoten seandainya kerap menggunakan ubat-ubatan.

Alternatif kedua pula lebih menitikberatkan kemampuan semulajadi seperti cara-cara berikut. Menahan cepatnya keluar air mani dapat dilakukan dengan memerhatikan langkah-langkah berikut:

1. Setelah zakar dimasukkan ke liang faraj, maka buatlah gerakan turun-naik secara perlahan-lahan dengan diselangi istirehat.

2. Alihkan perhatian kepada soal-soal lain sewaktu sampai masanya air mani dirasakan akan keluar. Umpamanya cuba ingatkan tentang urusan serius sewaktu pejabat. Tegasnya isikanlah benak dengan hal-hal yang dapat mengalihkan pandangan dari tumpuan untuk mengeluarkan air-mani. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kekenduran pada batang zakar, dan apabila ini berlaku bolehlah disambung lagi pada gerakan untuk merangsang balik zakar. Demikian seterusnya sehinggalah isterinya mencapai orgasme. Kalau cara ini dapat dilaksanakan pasti suami dapat bersetubuh dalam waktu yang lama di mana isterinya beruntung kerana dapat mencapai orgasme dan nikmat sepuas-puasnya. Sehubungan dengan itu Stoppes berkata

"Selamanya tak boleh dilupakan bahawa dengan tidak mendisiplinkan fikiran dan badan sendiri tidaklah akan dikecap kenikmatan di dalam pengalaman nafsu berahi. Kesedapan yang penuh biarpun hanya jasmani semata-mata cuma boleh direbut oleh orang yang pandai memotong tujuh perjalanan nafsunya".

3. Menahan nafas sewaktu merasakan akan keluarnya air-mani akan melambatkan pengeluarannya kerana zakar akan menjadi keras. Perlu diketahui bahawa mani itu mudah keluar kalau keadaan zakar adalah tidak cukup keras. Tetapi kalau sempurna keras dan tegangnya, sukarlah air mani itu berlalu. Dengan menahan nafas dengan sendirinya zakar yang sedang dalam keadaan ereksi menjadi semakin tegang. Ini disebabkan oleh kerana udara yang  masuk berkumpul ke dalam dada dan perut agak banyak. Apabila ditahan di dalam perut maka pengaruhnya mendesak darah menuju ke zakar sehinggakan zakar akan menjadi semakin keras dan kembung. Kekembungan inimenekan lubang zakar tadi serapat-rapatnya sehingga Aliran tempat lalunya air mani terhambat dan tidak dapat keluar.

Alternatif ketiga adalah dengan memakai kondom sewaktu bersetubuh. Dengan demikian rasa pergeseran batang zakar di dalam liang faraj tidak begitu merangsang. Walaubagaimanapun cara ini tidak begitu disenangi baik dari pihak suami mahupun isteri.

Alternatif keempat ialah melakukan latihan-latihan guna menguatkan dan mengetatkan otot-otot pada dubur dan pada otot-otot yang membentang dari dubur sampai ke scrotum (kantung pelir) lelaki.

Alternatif kelima pula merupakan mengambil posisi duduk atau posisi lelaki di bawah dan dan perempuan di atas. Kedua teknik di atas memungkin tekanan pada kelentit yang merupakan pusat rangsangan yang dapat dikemudikan oleh pihak wanita. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk wanita mencapai orgasme.


Cara-cara di atas yang telah dibentangkan merupakan kaedah-kaedah untuk mencapai orgasme yang ideal. Akan tetapi berjaya atau tidaknya mempraktikkan cara-cara ini bergantung pada individu itu sendiri. Yang lebih baik adalah sifat saling bantu-membantu dan faham-memahami. Seperti halnya seorang suami boleh bertanya pada isterinya, apakah ia sudah mencapai orgasme atau masih lama lagi? 

Seandainya masih lama maka suami bolehlah mengatur pergerakannya agar zakarnya tidak begitu terangsang yang mengakibatkancepatnya keluar air maniJadi sifat terbuka suami-isteri sangat diperlukan untuk membantu keberhasilan keduanya untuk mencapai orgasme yang ideal.

Perkara yang patut diperhatikan oleh suami sewaktu melakukan persetubuhan ialah jangan lekas-lekas mencabut zakarnya setelah ejakulasi. Perbuatan seperti ini sering diabaikan oleh suami-suami yang kurang mengerti seni dan erti persetubuhan dalam perkahwinan.

Persetubuhan dalam perkahwinan itu dimaksudkan untuk mendapat kepuasan antara suami dan isteri. Berbeza pula dengan persetubuhan luar nikah atau dalam pelacuran. Di dalam persetubuhan jenis ini salah satu pihak menghendaki kepuasan seksual sedang di lain pihak menghendaki bayaran. Jadi wanita pelacur di dalam melakukan persetubuhan sudah merasa puas walaupun belum mencapai orgasme asalkan dirinya  telahdiberi wang sebagai imbalannya. Sedangkan persetubuhan yang dilakukan berlandaskan atas dasar cinta-mencintai keduanya menghendaki objektif yang sama iaitu kepuasan yang saksama.
Seorang suami yang bijaksana yang mengerti hal ini ternyata dalam persetubuhannya dengan isterinya jika lebih dahulu cepat keluar air mani, maka dia boleh menangguhkan zakarnya agak lama di dalam liang faraj. Hal ini dimaksudkan agar pihak isteri mempunyai waktu untuk menaikkan suhu berahinya hingga mencapai orgasme.
Cara seperti ini memungkinkan batang zakar walaupun telah ejakulasi akan tetapi ia tetap berereksi sampai beberapa lama. Pada kesempatan ini harus dimanfaatkanoleh suami untuk merangsang isterinya hingga mencapai orgasme.

Betapa bahagianya bila persetubuhan di mana kedua-duanya telah mencapai orgasme dan tidak diputus atau dihentikan seketika itu sahaja. Tapi usahakanlah suami tetap menahan batang zakarnya di dalam liang faraj hingga kendur dengan sendirinya. Dalam keadaan begitu keduanya boleh saling berpelukan dan berdakapan.
Pihak suami perlu mengetahui bahawa membiarkan zakar di dalam liang fajar sesudah ejakulasi bukan hanya menimbulkan rasa kasih sayang yang mendalam antara suami-isteri, malahan mengandungi faedah yang lebih besar dari segi kesihatan terutama bagi suami.

Perlu diingatkan bahawa bahawa setiap kali suami melakukan hubungan seks pasti ia akan keluar air mani. Mani itu adalah sari tubuhnya yang mulia yang terbentuk dari sari-sari makanan yang dimakannnya setiap hari. Jadi setiap kali ia bersetubuh, jadi berkuranglah zat hidup yang sangat berguna bagi kesihatan tubuhnya. Walaupun ganti boleh diperoleh dari dalam tubuhnya ada satu zat yang bersifat "Alkalin" yang boleh digantikan dengan membiarkan ia di dalam liang faraj wanita. Mani wanita penuh berisi dengan zat ini. Para suami yang terdedah kepada pegetahuan ini tidak akan mahu mencabut batang zakarnya sehabis ereksi dari liang faraj isterinya. Mereka akan membiarkan saja batang zakarnya untuk beberapa lama sehinggga ia kendur dan keluar dengan sendirinya. Tindakan ini bagus dan bermanfaat untuk memelihara kondisi badan dan kesihatannya. Ini oleh kerana kulit zakar yang tipis itu akan mudah menyerap zat-zat yang sangat berharga dari badan isterinya, terutama zat alkali. Sehingga habis bersetubuh badannya bukan semakin mundur, sebaliknya semakin sihat kerana kegiatan kerjanya meningkat dan yang lebih penting lagi wajahnya bertambah tampan jauh lebih muda kelihatan dari umurnya yang sebenarnya.

Selain itu Stopes ada menyatakan pendapatnya bahawa di dalam zat-zat yang sama dihisap oleh tubuh kedua pihak dari sari-sari badan pasangan masing-masing, terdapat kuman-kuman hidup yang oleh Prof. Ernest Starling bernama hormon. Pada masa akhir-akhir ini telah diketahui bahawa hormon-hormon itu memiliki dan menjalankan pengaruh yang kuat dalam penentuan sifat dan corak perasaan-perasaan manusia serta tabiatnya. Kesempatan untuk saling bertukaran kuman hormon yang berlangsung dalam perbincangan di atas dianggap akan boleh mengumpulkan sudut-sudut runcing dari budi pekerti kedua suami-isteri. Sehingga jalan pemikiran dan gerak semangat mereka berdua menjadi serasi. Keserasian inilah yang membuat suami-isteri awet muda.

Begitulah persetubuhan yang sempurna, yang dapat mencapai kemuncak kenikmatan atau orgasme yang ideal serta memberi pengaruh yang baik di dalam jasmani dan rohani individu. Jasmaninya sihat, rohaninya sihat yang akhirnya membuahkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang di antara satu sama lain.


Bagoih :
Selamat dan Bagoih untuk semua.
dipetik dari  bagoih.blogspot.com

Khamis, 22 November 2012

Fadhilat surah Al-Kauthar


Dengan nama Alah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya kami memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.
Sesungguhnya orang yang membenci Kami dialah yang terputus.

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat  dan diturunkan di Makkah  dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat  daripada batu  permata yang indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu  dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang  dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Fadhilat membaca surah Al-Kauthar
Barangsiapa membaca surah Al-Kauthar 100x saat hujan turun lalu memohon kepada Allah SWT apa yang dihajatkannya dari urusan duniawi dan ukhrawi maka Allah SWT akan mengendahkan permohonannya.

Sesiapa yang membaca 7x setiap hari pada mata air, maka ia akan menjadi besar sumbernya.

Barangsiapa yang membaca surah Al-Kauthar 1000x maka Allah hasilkan apa yang dituntutnya, lebih-lebih dalam mencari rezeki dan pangkat, dan dibukakan berbagai pintu kebaikan.

Barangsiapa yang membaca Al-Kauthar 1000x sesudah sembahyang Isyak sehingga membawa kepada tidurnya, maka insyaallah akan melihat Rasulullah SAW dalam mimpinya.

Kata sebahagian orang yang mengamalkannya:


Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika  menunaikan solat.

Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi  dizalimi.


Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

Jika dibaca ayat ini sewaktu memasak akan dapat melazatkan makanan

Jika diamalkan selalu surah ini, kita tidak akan menjadi seorang yang materialistik.

Sumber : Bumi serta isinya

Rabu, 14 November 2012

SOLAT SUNAT AWWABIN


Solat Sunat Awwabin

Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut) yang dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib. Solat sunat Awwabin ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 rakaat sepuluh salam.
Solat sunat tambahan ini sebagai amal ibadat sementara menanti waktu Isyak, ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu. Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk solat jamaah di masjid.
Lakukanlah ia selalu agar Allah SWT. merahmati kita dengan memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang berterusan serta menghapuskan dosa-dosa kita.
.
.

Fadhilat Solat Awwabin

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً

 Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; “Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.)
.
.

Doa Sebelum Solat Awwabin

Sebelum melakukan solat Awwabin, disunatkan membaca doa masyhur berikut:
 
.
.

CARA MELAKSANAKANNYA SOLAT-SOLAT SUNAT AWWABIN:

.
1.  Solat Sunat agar ditetapkan iman dan solat Awwabin
a.  Lafaz niat solat sunat Awwabin:
 
Daku solat sunat memelihara iman dan Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
b.  Selepas membaca Al-Fatihah, bacalah pada kedua-dua rakaat surah-surah berikut:
1. Surah al-Qadr    1 kali
2. Surah al-Ikhlas   6 kali
3. Surah al-Falaq   1 kali
4. Surah al-Naas    1 kali
.
c.  Dalam sujud terakhir iaitu selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa berikut:
Ya Allah! Penuhkanlah daku dengan iman dan peliharalah ia di sepanjang hidupku, ketika kembaliku dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu!
.
d.  Baca lafaz berikut selepas memberi salam:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.
.
.
2.  Solat Sunat Awwabin
a.  Lafaz niat solat sunat Awwabin:
Daku Solat Sunat Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
b.  Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.
.
.
3.  Solat Sunat solat Awwabin serta Istikharah
a.  Lafaz niat solat sunat Awwabin serta Istikharah:
Daku bersolat Sunat Awwabin serta Istikharah dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
b.  Selepas Al-Fatihah, bacaan surahnya ialah seperti berikut:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas
Atau;
Rakaat pertama, bacalah Al-Ghasyiah, ayat 68 – 70
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ahzab, ayat 36 – 38)
.
c.  Selepas memberi salam, bacalah doa berikut:
Ya Allah! Pilihlah untukku mana yang ada padanya kebaikan dan keelokan dalam urusan agamaku dan duniaku; Dengan Rahmat-Mu, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
.
.
by; shafiqolbu

Sabtu, 26 November 2011

banyakkan berselawat keatas nabi

Banyaknya faedah berselawat kepada Nabi SAW

FAEDAH BERSELAWAT... (ALLAH dan Malaikat senantiasa berselawat kepada Nabi.)

Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (Riwayat Muslim.)

a) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 10 kali pada minuman/makanan untuk diri dan anak-anak. Insya Allah, kita dan anak-anak akan menjadi bijak dan sejahtera.

b) Sesiapa yang amal membaca selawat 10 setiap memulakan perjalanan akan dipermudahkan perjalanan dan mudah selesai apa jua masalah yang dihadapi.

c) Amalkan membaca selawat sebanyak 100 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. .

d) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

e) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap bagi keselamatan hidup dan pertolongan Allah selalu.

f) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya.

g) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 100 kali sehari.

h) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka.

i) Diri gelisah dapat ditenangkan dengan berselawat selalu tanpa hitungan kerana Allah itu Maha mendengar.

j) Ulamak kata amalkan selawat setiap hari tak kira berapa jumlahnnya, insya Allah dihindarkan daripada penyakit berbahaya masa kini. (3 serangkai)

k) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat idikabulkan Allah akan hajatnya dengan kadar segera.

l) Dari Abu Naim Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya.

m) Dari Thaabarani sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku. "

Rabu, 9 November 2011

surah al fatihah

Surah Al-Fatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

damaikan jiwa dengan zikrullah

Ibadah yang khusyuk akan mendatangkan kedamaian kepada jiwa seseorang dan kedamaian ini akan lebih mendekatkannya kepada Allah sehingga akhirnya timbullah kelazatan dan keenakan ketika beribadah. Ketika itu, ibadah menjadi penawar yang mampu meredakan sebarang tekanan yang melanda hati. Di antara ibadah yang boleh mendamaikan hati ialah zikrullah.

Sehubungan dengan ini Allah berfirman: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Ar-Ra’d 13:28)

Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat Abdullah ibn Masud r.a. dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut kemusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.”

Abdullah ibn Masud r.a. telah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang sedang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”

Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca Al-Quran, didapati jiwanya telah berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.